Jumaat, 9 September 2016

Senyum

Kita telah makruf bahawa senyum itu adalah satu Sedekah. Dimana kita lihat Baginda kita Rasulullah S.A.W sentiasa senyum kepada setiap orang tak kira walau apa jua keadaan yang dia hadapi. Dalam keadaan sibuk, risau, khawatir, dan memikirkan tentang umat tapi masih tetap boleh buat amalan yang begitu ringan ini. Harapnya kita dapat mengikuti jejak langkah Baginda dengan Istiqamah. Amin. 

Ciri-ciri orang yang kuat Senyum dan Ketawa : 
1. Suka  Kacau Orang 
2. Suka Main-main
3. Selalu buat Lawak
4. Selalu nampak Gembira
5. Selalu tolong selesaikan masalah orang ( Lagi-lagi berkaitan dengan Cinta)
6. Suka menghiburkan orang sekeliling 
7. Sebenarnya, dialah orang yang selalu menangis dalam diam & mempunyai kisah yang terpendam dalam hatinya.

Petikan dari Hadits Keutamaan Senyum

(تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ صَدَقَةٌ (رواه الترمذى
“Senyum manismu dihadapan saudaramu adalah shadaqah” 
(HR. Tirmidzi)

Sekian
-Mair Zam-


Jumaat, 4 Disember 2015

Rindu

Yakinkah ku berdiri
Dihempas tanpa tepi
Bolehkah aku
Mendengarmu

Keharmonianmu
Tak pernah padam
Membuat rindu semakin dalam
padamu

Terkubur dalam emosi
Tak bisa ku sembunyi
Aku dan Nafasku
Merindukan mu

Kau pembawa Cinta
Kau bimbing menuju "Sebenar"
Ku tanamkan dalam hati
Pemberianmu yang telah beri dulu lagi

Cuba ku pelajari
Mengatasi hati ini
Mengatasi jiwa ini
Namun, diriku sungguh tak memberi diri

Terkurunku disini
Terangi dia yang sepi
Dan ku tahu
Kau sentiasa menemani

Ku percaya suatu hari
Ku percaya tika hari
Takdir untukku dari kelana ku
Jodoh untukku dari anganku 

Merinduimu
Menungguimu
Menantimu bersua dengan mu
Hanya Dia saja Maha Tahu

Saat ku bukan diriku
Tenang mengingati jasamu
Kutuaikan Doa
Agar dapatku hilangkan rapuh ku 

Rindu ini sering memilukan ku
Cinta ini sentiasa menghangatkan ku
Pasti bahagia kau disini
Takkan ku lupa jasamu Ya Nabi




Sabtu, 28 November 2015

Dia

Walaupun dia degil berkawan dengan orang degil
walapun dia jahat bercampur dengan orang jahat
walapun dia bodoh dengan duduk orang bodoh
dan walau apa pun dia jua

Patut kah kau menilai dia?
siapakah kau pada dia?
perlukah kau untuk sedemekian terhadap dia?
dan patutkah kau biarkan dia?

Kau sudah tahu
kau sudah nampak
kau dah lihat
kau juga dah dekat dengan dia begitu sekali

Tapi...

Apakah tahu kau faham?
apakah nampak kau mengerti?
apakah lihat kau menjiwai?
dan kau dekat, menghayatikah kau akan dia!?

Dia ada nak membahagiakan kau
dia ada cuba buat terbaik
dia ada mahu kesempurnaan
dia ada teringin semuanya sempurna

tapi apakan daya dia

Ya, dia perrnah marah
dia pernah tengking
dia pernah maki
dia pernah bersalah segalanya...

Tapi maafkanlah dia,
redhalah segalanya,
terimanya,
adakannya,

Kerana itu semua, kesilapan yang ada pada dia
kelemahan pada dia,
kelailaian dia,
Sebab, dia juga terfikir, jika dapat mengulangi semua itu, 
semestinya takkan berkali.

Rindu itu pengubat
Cinta itu pelengkap

Percayalah,
rindu,
cinta,
itu semua itu juga
ada pada dia...

Rabu, 25 November 2015

Serambi Kasih



Tuai pagi balik petang
adakala sampai malam
cari rezeki bawa pulang

buat orang yang tersayang
bersabarlah



Wajahmu di mana-mana
senyum kasih mesra kasih

cinta murni kan bersemi
bersama ketulusan budi
bersemilah



Lama ku cari rahsia kasih
rindu kasih untuk berkasih

senang2 duduk diserambi
senandung lagu puisi
zikir zaman nyanyian zaman



Andai kasturi hilang harum
mawar tak berkuntum
cinta tak bersambung



Biar emas setinggi gunung
kan ku peluk rimbun ampun

rahmat yang Maha Agung

Ahad, 22 November 2015

Kenapa dengan Aku?

Kenapa dengan aku? aku sering lakukan dosa. aku masih tak faham lagi dengaan diri aku ini. puas aku mencari kebenaran? puas aku cari jalan penyelesaian? puas aku memikirkan segala-galanya untuk pembaikan diriku ini. Namun, masih lagi aku buntu, masih lagi aku terpinga-pinga, masih lagi aku dalam keadaan di awangan dibuai dengan kehidupanku yang membawa diriku entah kemana?

Telah pun aku cuba untuk menghentikan semua ini, telah pun ku cuba untuk meninggalkan perkara buruk ini, telah pun ku cuba untuk menghapuskan segala-galanya kesilapan yang telah ku lakukan. Namun, masih lagi aku dalam keadaan sebegini rupa yang tiada apa perubahan dalam diriku ini. masih lagi aku dalam di buai kehidupan ku yang tidak dapat mententeramkan jiwa ku ini?
apakah jalan penyelesaian ku ini? apakah yang patut ku lakukan jika sebegini rupa? apakah yang harus aku lakukan untuk diriku ini?

Kehidupan ini begitu panjang untuk kita, akan tetapi masa itu begitu pendek untuk kita. dalam tempoh masa lama, aku datang berjumpa dengan murabbi ku, meminta nasihat yang patut untuk diriku ini. aku lontarkan segalanya padanya tanpa ada kiasan sedikit yang aku luah.

Murabbi ku tersenyum. menarik dan menghembus nafas seketika. 
Murabbi ku bertanya : "kamu ingin jadi lelaki soleh?"
Aku menjawab ; "nak."
Murabbi : "kenapa kamu nak ?"
Aku : "nak mencari mardatillah (keredhaan Allah)
Murabbi : "itulah jawapannya, kerana orang soleh sentiasa mencari mardatillah, mencari, mencari dan terus mencari. tidak pernah rasa cukup dalam dirinya beribadat pada Allah, kerana dia (orang soleh) tahu bahawa dirinya itu sememangnya tidak cukup sempurna.
Aku : "tapi, saya dah lakukan semuanya, penat saya memikirkan semua, saya usaha segala-galanya, namun masih lagi saya buat?."
Murabbi : "kamu yakin?"
Aku ; "yakin!"
Murabbi tersenyum dan menjawab : "itulah masalahnya"
Aku : " kenapa?"
Murabbi : "baru saja saya bagitahu jawapannya tadi, tidak kah kamu mengerti? sesungguhnya keyakinan kamu itu seolah-olah kamu ni merasa cukup dengan apa yang kamu lakukan. kamu mencuba akan tetapi kamu mengeluh dengan apa yang kamu cuba. bukankah itu satu kefuturan (putus asa)?. Sesungguhnya futur itu adalah sifat bagi orang munafik. mengertikah kamu erti Istiqomah? mananya perginya Istiqomah dalam dirimu itu?. bukannya kamu pergi menjadi orang yang sudah mencuba kemudian kamu menyalahkan apa yang kamu lakukan itu, pada sebenarnya yang  dipersalahkan itu adalah diri kamu sendiri."
aku : "hurmm..., saya tak nak lagi buat semua ini murabbi, saya tak nak mengganggu ketenteraman orang, saya tak nak melihat perempuan seksi mahupun mengacau gadis bertudung labuh, aku tak nak tinggal solat lagi....."
dengan suara tekan Murabbi
menjawab : Ingat ni, Allah berfirman yang  bermaksud :

 "Sesungguhnya taubat di sisi Allah swt, hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka, mereka itulah yang diterima Allah swt, taubatnya; dan Allah swt, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah swt, dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan, ‘Sesungguhnya saya bertaubat sekarang’. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedangkan mereka didalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih". (an-Nisaa : 17-18).
dan
 " Allah berfirman :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” [QS. An-Nuur : 30-31].
 Muhasabah diri balik, doa, in syaa Allah, Allah permudahkan urusan semuanya." 
aku : " baik lah murabbi, terima kasih atas segalanya. terima kasih juga atas nasihat diberi."
murabbi : " sama kita dinasihati. itu pun untuk diri saya juga, yang banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri ini. Ala kulli hal. Allah sahaja yang maha mengetahui dan maha Pengampun."

Jumaat, 20 November 2015

Istiqomah

Kita tak akan sedar yang sedang dalam kelailaian,
kita takkan pernah rasa cukup dengan kemahuan kita,
kita takkan pernah puas hati dengan kehendak kita,
kerana apa?
bahawa kita telah pun ditutup akan kemanisan beribadat,
kita telah mengarangkan hati kita dengan begitu hitam
kita telah jauhkan diri kita dengan kebenaran.

Mungkin kita pernah terlintas,
bila nak jadi soleh?
bila nak solehaha?
bila nak jadi baik?
bila nak buang semua ini?
bila nak tinggal semua perkara ini?

Akan tetapi bertindak kah kita?
mungkin kita bertindak, tetapi berterusan kah atau tidak yang kita kerjakan.
kuatkah kita istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara yang kita fikirkan sejenak itu.
Dalam pemikiran sejenak kita itu lah yang sangat berat bagi kita.

Allah Berfirman : إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka istiqomah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.” (QS. Fushilat: 30).

Tetaplah Istiqomah, In Syaa Allah Syurga
#TetaplahIstiqomahInSyaaAllahSyurga

Khamis, 19 November 2015

Ternyata

Ternyata,
Di samping dalam kehidupan
bukan nya kita nak hidup dalam keselesaan 
ternyata itu semua adalah ikutan nafsu semata,
bukan nya Islam tak memberi kita untuk berselesa
bahkan 
di khawatir kita akan lalai dengan keselesaan yang kita kecapi.

Dalam memperjuangkan Islam ini, bukannya mudah bagi kita,
"kalau nak selesa itu bukan Islam, kalau nak senang itu bukan berjuang."
kata Murabbi ku. Semestinya, Allah nak berikan sesuatu pada hambaNya bukan begitu sahaja, boleh saja Allah nak beri apa yang kita mahukan, akan tetapi Dia nak kita berusaha dengan apa yang kita mahukan, dan mahu Tarbiahkan diri kita akan sesuatu itu bukan mudah untuk kita dapatkan, melainkan dengan usaha. 13 Tahun Nabi Muhammad berdakwah untuk umatnya, dan ternyata ini mengajar kita untuk mencapaikan sesuatu yang kita mahukan bukan lah boleh datang dengan bergolek begitu saja kecuali dengan izin Allah.