Selasa, 18 November 2014

Assalamualaikum,, pada malam, tidaklah saya ingin berleteh panjang, cumanya saya ingin berkongsi sedikit apa yang perlu dikongsi untuk kebaikan pada kita semua. 

Saya ingin menyentuh sikit perkara tentang KEJATIAN pada diri kita. ada sesetengah manusia yang suka mengikut pada kemahuan ataupun kehendak mereka berbanding mengikut keperluan mereka, dan ada juga jenis manusia yang suka mengikut akan orang ada yang ada sesuatu pada orang itu, akan tetapi sesuatu itu tiada pada diri mereka, pendek kata orang jenis seperti ini, dia nak apa yang orang lain ada.

Perkara ini tidaklah salah, kalau kehendak itu ataupun kemahuan itu tidak membebankan ke atas keperluan, silakan untuk melakukannya. Tetapi bukankah keperluan itu lebih penting daripada kehendak. Kehendak ini, orang kata ia cuma pemuas hawa nafsu saja. 

Hidup ini jangan nak mengikut kehendak hawa nafsu saja, tak perlu manja sangat pada diri sendiri, jangan dilayan sangat dengan perkara - perkara yang boleh membebankan ke atas diri kita, cuba kita fikir, apabila kita tidak dapat sesuatu perkara yang kita inginkan, yang kita kehendaki, yang kita impikan, bukan kita saja yang tidak dapat, mungkin ada orang lain yang sama dengan senasib kita bahkan, ada orang lain yang langsung tidak dapat memenuhi kehendak mereka yang diimpikan selalu. Kita harus bersyukur atas apa yang kita perolehi sekarang, jangan diperlekeh - lekeh kan dengan pemberian yang Allah telah berikan pada kita, silap - silap ia boleh jadi kufur nikmat. 

Jadilah diri sendiri, tak perlulah nak mengikut kemewahan orang lain, dan janganlah terlalu mengikt hawa nafsu, apa yang kta mampu kita lakukan dan apa yang kita tidak mampu jangan dibiarkan akan tetapi USAHA

-sekian-