Jumaat, 20 November 2015

Istiqomah

Kita tak akan sedar yang sedang dalam kelailaian,
kita takkan pernah rasa cukup dengan kemahuan kita,
kita takkan pernah puas hati dengan kehendak kita,
kerana apa?
bahawa kita telah pun ditutup akan kemanisan beribadat,
kita telah mengarangkan hati kita dengan begitu hitam
kita telah jauhkan diri kita dengan kebenaran.

Mungkin kita pernah terlintas,
bila nak jadi soleh?
bila nak solehaha?
bila nak jadi baik?
bila nak buang semua ini?
bila nak tinggal semua perkara ini?

Akan tetapi bertindak kah kita?
mungkin kita bertindak, tetapi berterusan kah atau tidak yang kita kerjakan.
kuatkah kita istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara yang kita fikirkan sejenak itu.
Dalam pemikiran sejenak kita itu lah yang sangat berat bagi kita.

Allah Berfirman : إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah” kemudian mereka istiqomah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.” (QS. Fushilat: 30).

Tetaplah Istiqomah, In Syaa Allah Syurga
#TetaplahIstiqomahInSyaaAllahSyurga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan