Jumaat, 9 September 2016

Senyum

Kita telah makruf bahawa senyum itu adalah satu Sedekah. Dimana kita lihat Baginda kita Rasulullah S.A.W sentiasa senyum kepada setiap orang tak kira walau apa jua keadaan yang dia hadapi. Dalam keadaan sibuk, risau, khawatir, dan memikirkan tentang umat tapi masih tetap boleh buat amalan yang begitu ringan ini. Harapnya kita dapat mengikuti jejak langkah Baginda dengan Istiqamah. Amin. 

Ciri-ciri orang yang kuat Senyum dan Ketawa : 
1. Suka  Kacau Orang 
2. Suka Main-main
3. Selalu buat Lawak
4. Selalu nampak Gembira
5. Selalu tolong selesaikan masalah orang ( Lagi-lagi berkaitan dengan Cinta)
6. Suka menghiburkan orang sekeliling 
7. Sebenarnya, dialah orang yang selalu menangis dalam diam & mempunyai kisah yang terpendam dalam hatinya.

Petikan dari Hadits Keutamaan Senyum

(تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ صَدَقَةٌ (رواه الترمذى
“Senyum manismu dihadapan saudaramu adalah shadaqah” 
(HR. Tirmidzi)

Sekian
-Mair Zam-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan