Jumaat, 19 Jun 2015

Bismillahi





Assalamualaikum,
Terbuatnya video adalah untuk mengucapkan Salam Ramadan pada semua dari mahasisiwa Al -Azhar Mesir Melaka. Lebih lagi pada orang yang berjauhan dari kami, biar jauh dari mata tapi dekat dihati. Rindu kami takkan pernah terpadam, ia sentiasa terpahat di hati . Video ini bukan lah nak katakan semua dari Ahli Melaka, tapi saya ambil beberapa orang ahli Bait saya dan Ahli Bait yang lain. Maaf sebab lambat upload, busy sikit hu hu hu , and ada masalah teknikal internet sikit kat sini. Sempena Ramadan dah tiba, saya ingin memesan pada semua terutamanya pada diri saya yang hina ini, biarlah,,, bukan biarlah tapi jadikan lah Ramadan tahun ini sebagai titik permulaan kita untuk menjadi hamba yang sejati, hamba yang soleh dan solehah, hamba yang abdi, terus dan terus beridat pada-Nya dengan  penuh khusyuk (Istiqamah). Suka juga saya ingin mengingatkan bahawa kita bukanlah hamba kepada Ramadan, di mana tibanya bulan Islam yang Mulia ini, kita rajin beribadat, akan tetapi Bulan lain? so, fikir2 kan lah. Sekian serba ringkas dari saya. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya mohon maaf segunung kemaafan. In Syaa Allah, Allah akan memberkati kita semua walau apa jua keadaan. So terimalah video ini and enjoy it,



Salam Perantauan



-MAI-

Khamis, 11 Jun 2015

Kau Aku

Seribu kata tak mentafsirkan dengan satu makna,
tapi
Satu kata mentafsirkan beribu makna

Kita katakan satu cinta untuk semua
tapi 
tak katakan satu hati untuk satu cinta

Kesabaran itu yang membuat kita berjaya. Sabar itukan indah

Saat ku temukan mu terus terang dari hati ingin mengungkapkan kata kata agung ku
tapi disebabkan hati ku yang keras ini telah jadi lembut
menyebabkan semua nya jadi hilang disebabkan dengan satu pelengkap 
iaitu kamu

Warna kuning , warna hijau, warna biru
apakah warna yang bisa ku berikan padamu 
agar ia sempurna menjadi warna
Pelangi untukmu

Jangan buat hati ku berkata, hati tertanya

Langit luas laut terbentang
biar kan aku bebas pergi dan datang
kalau kau cinta ikutlah sekarang
kalau tak sayang kau boleh pulang 

Berilah ruang untuk ku bernafas 
lepaskan lelah menyusuli Impian

Jika kau mahu biarlah seperti pinang di belah dua
tapi
Jika kau yang menimbulkan aku  akan jadikan seperti 
merak dan gagak dah tak peduli lagi

Biar apa orang kata dia tak ambil peduli
dia tahu mana satu yang palsu ataupun hakiki

Dunia apa isinya kalau hanya dengan kau punya saja
Sejarah sudah cukup bagimu pengajaran 
masih lagi kau minta tambah

Tak usah kau hajat rembulan dan sinar cahaya pada yang kau puja,
kalau hanya kau anggap seperti serpihan bongkah melayang tak berpunya 

Kuning biru jadikan hijau
Hidup jalan jadikan ranjau
Lelap lena jadikan mimpi
Zahir batin jadikan diriku

Malam sinar jadikan bayang
Watak niat jadikan wayang
Awan lara jadikan hujan
Huruf nama jadikan diriku

Baca fikir jadikan cerdik
Helah bohong jadikan licik
Peluh Ilham jadikan duit
Nyawa badan jadikan diriku
memerlukanmu

Dari sudut termenung jauh
Tanya pada dunia pun tidak mahu dijauh kan
cuba ku dalami sampai termimpi
Hati tetap terpaku walau kau jauh

Lihat Bulan dan bintang tidak pernah berselisih faham
tetap menyinar pada malam dini hari 
Jadikan diri kita merah dan hati yang padan padanya
dan tetap begitu rupa walau beribu menimpanya

Ku nantikan dirimu dengan harapan
Ku yakini dirimu dengan doa