Ahad, 22 November 2015

Kenapa dengan Aku?

Kenapa dengan aku? aku sering lakukan dosa. aku masih tak faham lagi dengaan diri aku ini. puas aku mencari kebenaran? puas aku cari jalan penyelesaian? puas aku memikirkan segala-galanya untuk pembaikan diriku ini. Namun, masih lagi aku buntu, masih lagi aku terpinga-pinga, masih lagi aku dalam keadaan di awangan dibuai dengan kehidupanku yang membawa diriku entah kemana?

Telah pun aku cuba untuk menghentikan semua ini, telah pun ku cuba untuk meninggalkan perkara buruk ini, telah pun ku cuba untuk menghapuskan segala-galanya kesilapan yang telah ku lakukan. Namun, masih lagi aku dalam keadaan sebegini rupa yang tiada apa perubahan dalam diriku ini. masih lagi aku dalam di buai kehidupan ku yang tidak dapat mententeramkan jiwa ku ini?
apakah jalan penyelesaian ku ini? apakah yang patut ku lakukan jika sebegini rupa? apakah yang harus aku lakukan untuk diriku ini?

Kehidupan ini begitu panjang untuk kita, akan tetapi masa itu begitu pendek untuk kita. dalam tempoh masa lama, aku datang berjumpa dengan murabbi ku, meminta nasihat yang patut untuk diriku ini. aku lontarkan segalanya padanya tanpa ada kiasan sedikit yang aku luah.

Murabbi ku tersenyum. menarik dan menghembus nafas seketika. 
Murabbi ku bertanya : "kamu ingin jadi lelaki soleh?"
Aku menjawab ; "nak."
Murabbi : "kenapa kamu nak ?"
Aku : "nak mencari mardatillah (keredhaan Allah)
Murabbi : "itulah jawapannya, kerana orang soleh sentiasa mencari mardatillah, mencari, mencari dan terus mencari. tidak pernah rasa cukup dalam dirinya beribadat pada Allah, kerana dia (orang soleh) tahu bahawa dirinya itu sememangnya tidak cukup sempurna.
Aku : "tapi, saya dah lakukan semuanya, penat saya memikirkan semua, saya usaha segala-galanya, namun masih lagi saya buat?."
Murabbi : "kamu yakin?"
Aku ; "yakin!"
Murabbi tersenyum dan menjawab : "itulah masalahnya"
Aku : " kenapa?"
Murabbi : "baru saja saya bagitahu jawapannya tadi, tidak kah kamu mengerti? sesungguhnya keyakinan kamu itu seolah-olah kamu ni merasa cukup dengan apa yang kamu lakukan. kamu mencuba akan tetapi kamu mengeluh dengan apa yang kamu cuba. bukankah itu satu kefuturan (putus asa)?. Sesungguhnya futur itu adalah sifat bagi orang munafik. mengertikah kamu erti Istiqomah? mananya perginya Istiqomah dalam dirimu itu?. bukannya kamu pergi menjadi orang yang sudah mencuba kemudian kamu menyalahkan apa yang kamu lakukan itu, pada sebenarnya yang  dipersalahkan itu adalah diri kamu sendiri."
aku : "hurmm..., saya tak nak lagi buat semua ini murabbi, saya tak nak mengganggu ketenteraman orang, saya tak nak melihat perempuan seksi mahupun mengacau gadis bertudung labuh, aku tak nak tinggal solat lagi....."
dengan suara tekan Murabbi
menjawab : Ingat ni, Allah berfirman yang  bermaksud :

 "Sesungguhnya taubat di sisi Allah swt, hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka, mereka itulah yang diterima Allah swt, taubatnya; dan Allah swt, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah swt, dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan, ‘Sesungguhnya saya bertaubat sekarang’. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedangkan mereka didalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih". (an-Nisaa : 17-18).
dan
 " Allah berfirman :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” [QS. An-Nuur : 30-31].
 Muhasabah diri balik, doa, in syaa Allah, Allah permudahkan urusan semuanya." 
aku : " baik lah murabbi, terima kasih atas segalanya. terima kasih juga atas nasihat diberi."
murabbi : " sama kita dinasihati. itu pun untuk diri saya juga, yang banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri ini. Ala kulli hal. Allah sahaja yang maha mengetahui dan maha Pengampun."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan