Jumaat, 19 Jun 2015

Bismillahi





Assalamualaikum,
Terbuatnya video adalah untuk mengucapkan Salam Ramadan pada semua dari mahasisiwa Al -Azhar Mesir Melaka. Lebih lagi pada orang yang berjauhan dari kami, biar jauh dari mata tapi dekat dihati. Rindu kami takkan pernah terpadam, ia sentiasa terpahat di hati . Video ini bukan lah nak katakan semua dari Ahli Melaka, tapi saya ambil beberapa orang ahli Bait saya dan Ahli Bait yang lain. Maaf sebab lambat upload, busy sikit hu hu hu , and ada masalah teknikal internet sikit kat sini. Sempena Ramadan dah tiba, saya ingin memesan pada semua terutamanya pada diri saya yang hina ini, biarlah,,, bukan biarlah tapi jadikan lah Ramadan tahun ini sebagai titik permulaan kita untuk menjadi hamba yang sejati, hamba yang soleh dan solehah, hamba yang abdi, terus dan terus beridat pada-Nya dengan  penuh khusyuk (Istiqamah). Suka juga saya ingin mengingatkan bahawa kita bukanlah hamba kepada Ramadan, di mana tibanya bulan Islam yang Mulia ini, kita rajin beribadat, akan tetapi Bulan lain? so, fikir2 kan lah. Sekian serba ringkas dari saya. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya mohon maaf segunung kemaafan. In Syaa Allah, Allah akan memberkati kita semua walau apa jua keadaan. So terimalah video ini and enjoy it,



Salam Perantauan



-MAI-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan